Monday, April 28, 2014

Musibah MH370

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari ke-52 kehilangan pesawat MH370.. Dah dekat 2 bulan pesawat ni hilang tanpa jejak..Banyak sangat spekulasi yang timbul sejak hari pertama pesawat hilang.. Biasalah.. ramai sgt nak lontarkan pendapat masing2.. Tapi, lebih baik berdiam diri je dari cakap & war2 kan benda yang tak sahih..kan??
 

Pesawat hilang...

Misteri..

Pelik..

Aneh..

Mcm mustahil...

Tapi sebenarnya.. tiada yang pelik dan mustahil dalam kekuasaan Allah..
Teringat kata-kata Kapten Noruddin yang menginsafkan semasa diwawancara di TV3.. 

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”

“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”

di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula”

-Kapten Norudin

Memang salute Kapten Norudin ni..apa yang terjadi semua adalah kehendak Allah..Kita naik kapal terbang, dan sampai ke destinasi pun sebab dengan Rahmat Allah..
Kita pulak dok pikir kita dapat sampai destinasi yang dituju sbb canggihnya pesawat yang kita naik.. Itu yang kadangkala kita lupa..masing-masing taksub dengan teknologi canggih sekarang..

Then, teringat pulak kata-kata ustazah aku masa pergi kelas Tajwid.. (sampai skrg xtau nama ustazah comel ni...*tepuk dahi)

Masyarakat Arab masa dulu2 sangat handal sebagai penyair..setiap ayat yang diturunkan diorang boleh hujah dan dihuraikan dengan hebat sekali.. dan kemudian Allah turunkan kalimah2 misteri dalam Al-Quran seperti Yaa Siinnn, Alif Laam Ra, Haa Mim.

Then, semua terpinga-pinga dan tertanya-tanya bagaimana nak huraikan kalimah ini..

Begitu juga dengan kehilangan pesawat MH370.. ramai antara kita yang taksub sangat dengan kecanggihan teknologi sekarang...kecanggihan teknologi pesawat..satelit...then, bila hilang tanpa jejak..terus semua terpinga-pinga!

So, macam aneh dan mustahil je pesawat ni hilang kan? tanpa sebarang jejak pulak tu.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Allah nak kita semua sedar dengan kekuasaan dan kebesaranNya... Jangan taksub sangat dengan khayalan dunia ni..

 

Keep praying..keep du'a...
Semoga Allah permudahkan...
Mungkin Allah nak kita semua bersatu....bersatu dalam Doa..
Kan?

Musibah kehilangan pesawat MH370 memang menjadi tamparan hebat buat Malaysia..
Tapi InsyaAllah....ada hikmahnya...