Wednesday, August 13, 2008

..My Dream Place..

PARIS!!
Of course lar Paris...Aku dah berangan2 nak pergi sana..huhu.. InshaAllah, suatu hari nanti kalau ada rezki aku pergi larr...teringin nak tengok bangunan Eiffel..he2

Aku bermimpi untuk mengelilingi satu dunia! Wahh...tingginya impian.. Blajar pun xhbis lagi.. Kena tunggu dapat durian runtuh jadi millionaire dlm sekelip mata...wahwahwah... Dlm mimpi jer lar..

Life is short..hidup hanya sekali.. Gunakan peluang yg ada untuk mencapai segala impian..dgn berbekalkan usaha dan tawakkal, impian pasti akan jadi kenyataan..niat juga penting..mesti niat yg betul..Be grateful for everything that u have..



I'm free....do anything that you want in this life.. There's no one can stop you.. Just be yourself!

Dugaan biler?
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Peluang biler?
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita.

Yang bleh dipanggil teman biler?
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Peluang yang hanya datang sekali
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir. 

Penilaian yang tepat?
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Bermimpi selagi..bernafas..
Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

n...yang paling penting....CINTA...

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Tuesday, August 12, 2008

Horrible Day!!

080808..

My adopted sis wedding day... Aku sgt bersmangat nak ke sana.. Tp, aku blom ada pasport.. Kwn2 aku btol2 bg sokongan untuk ke Brunei, to attend my adopted sis wedding day...
Aku try wat pasport di Segamat, tmpat aku blajar.. tp di Segamat, pasport boleh siap dlam mse sminggu.. So, nak xnak aku terpaksa pulang ke Seremban.. I have 2 skip my class on thursday n friday.. Aku bru blik minggu sblumnya sbb uwan aku mninggal, minggu ni blik lagi sbb nak buat pasport..Nasib baik abah bg support.. Di Seremban, pasport bleh dsiapkan dlm mase 2 jam jer.. Aku sgt lega..

Finally............



TADAAA......
Siap pun pasport aku...fuhh... gembiranya... I'm going to Brunei!!! Cdg nk fly hari khamis tapi tiket hbs pulak...so, aku beli tiket hari jumaat...trpaksa amik flight ke miri pukul 3ptg sbb flight brunei lmbat sgt..
Aku punye excited smpai sume kwn2 aku tahu aku nak g Brunei..

Keesokan harinya......
----------------
------------------
----------------------
 
I missed my flight!!

Terkilan betol... aku terlambat smpai..abah duty hari tu.. Sbb tu dia htr aku lmbat..Apa nak buat..mmg tiada rezeki... Sampai sekarang aku still terigt-igt peristiwa nie...huhu..Abg boboy on the way nak ambil aku di Miri, tapi tak jadi pula... Kecian dia..Bile call sis budeh nak bagitahu cancel, aku terus menangis... Wa..i'm crying... Sedihnyerrr...
Ni gmbar2 dia yg aku ambil di blog.. I'm waiting 4 the CD..hehe

..MAJLIS AKAD NIKAH..

Wahh...penuh keyakinan...

Ramainyer org...uhuhu

Berseri-seri gitu...


..MALAM BERBEDAK..

Wa..ni yg terasa nak kawen gak nie...






Waaa....I suppose to be here that night... Uhuk2... Apa nak buat...mmg tiada rezeki... Actually, aku curious sgt nak tau ape itu mlm berbedak... Nak rase sendiri... Kalo aku ada mesti best kan? wawawa...
To Sis Budeh..slamat pengantin baru...semoga bahagia hingga ke akhir hayat...
November ni izi g Sabah...lepas tu, nak pergi Brunei jugak...wawawa....

Farewell...Uwan...='(

31 July 08


Tarikh yg akan aku ingat sampai bile2... Uwan(nenek) aku telah kembali ke Rahmatullah dan meninggalkan kami buat selamanyer...Bila diingatkan balik, memang sedih.. Patutlah aku terasa nak balik sgt beberapa minggu lps... rupe-rupenyer itulah kali terakhir aku jumpe uwan. Mak beritahu uwan masuk hospital sbb denggi..so, aku pun lawatlah dia.. Bila sampai, aku tgk uwan still boleh gelak..senyum.. aku expect uwan mesti akan kuar hospital dlm beberapa hari...
A few days later, I received sms from my dad..'Angah, uwan di ICU. Dia agak tenat..' Aku tersentak..uwan ada jangkitan di paru2 dan merebak ke buah pinggang...Uwan xprnah masuk hospital..sekali dia msok, dia trus meninggalkn kami..
Khamis lepas, dad sent me a sms.. Uwan dah tiada.. Ptg itu juga aku terus balik ke kampung.. Tiap minggu aku balik rmh...xprnh aku buat mcm ni sem2 sblm nie...


Mase uwan di ICU, ak xdpt lawat uwan..kali terakhir jmpe uwan, uwan pegang tangan aku, dia ckp 'sejuknye tangan angah..'. Itulah kate2 trakhir dia kt aku..aku cium dahi dia..seingat aku, aku xprnh cium dahi dia..itulah kali pertama n terakhir sehayat dia... Aku sgt sebak bile mndikan jenazah dia.. Uwan takkan bangun lagi...



Pic ni diambil mse Raya thn lepas.. Mama memeluk uwan.. Mama redha dgn pemergian uwan.. Allah lebih sygkan dia.. Raya lps sgt meriah..xprnh semeriah itu..rmai sgt tetamu dtg smpai kami kena wat kenduri...skrg baru aku fham...itulah Raya terakhir uwan...
Yg paling mnyedihkn, uwan xsmpat melihat wajah si kecil ini... Baby ni lahir pd 30 july, uwan meninggal dunia pd 31 july...Uwan slalu ckp dgn mak su, biarlah dpt anak perempuan.. Bila baby gurl ni lahir, uwan xsmpat nak tgk...mak su sgt sedih tp dia redha...

Pic uwan dgn adik-bradik dia.. mase ni hari prkhwinan anak buah uwan.. Tak sangka, uwan yg kuat n sihat selama ni, telah tiada.. Aku kat sini hanya mampu berdoa semoga dia ditempatkan brsama org2 yg beriman... Al-Fatihah...

...Family Day INSPIRASI...


20-07-2008

Family Day Inspirasi telah diadakan di Air terjun Bekok, Segamat Johor. Syiok giler...
Mandi-manda sampai tak ingat dunia... Mula-mula cadangnya nak buat sampai pukul 5 ptg, tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit (tak de masalah sgt pown...) so smpai pkul 2 ptg jer...
Xtvt ni disertai oleh ahli2 kelab inspirasi uitm Johor..tanpa pengiring penasihat kelab..
However, we really enjoy our day and of course..we have a very good time together..
Congrats kpd ssape yg bersush pyh demi pgram nie...ada yg kena bgun pkul 5 pagi..huhu
Cayalah INSPIRASI!

game true or dare...mmg trok r sape yg kena dare...
bdk2 ni mmg knakan btol2...

Fire!!! Baling jgn tak baling...game paling best... baling2 belon kat pihak lawan... Agak2 sape yg menang? Aku pun xtau...

Dah boleh makan blum?? tak sbr2 nak mlantak nie...BBQ ni buat sendiri jer.. Ramai chef2 yg pakar kt sini..huhu

Celebrate besday Rafar n sis Adil.. Lilin dh padam baru nak tiup...uhuhu

Act jer lebih...x reti berenang pown...

Da best moment...

Tuesday, April 1, 2008

Apakah maksud sahabat pada diri anda??


Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.


Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka
sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan”Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

Tuesday, March 25, 2008

Who's the important person in your life??


To me..of course its my family..


My heart..My sOUL..My LiFe..

This is my lovable family..

I love them very much..

My Dad's is sporting n very understanding..

My mom's..always being there for me...
Siblings..I'm grateful to have them as my wonderful part in my life..


NISA...my sis + bestfrenz ever.. kalo kuar same2
mesti org confuse sape adik, sape akak...huhu
DAFI...Adik aku...ktorang mmg xde rupe ker???
 

3 little one...AJUN-ABOY-ALIN


...My AdOpTeD FaMiLy iN BrUnEi...

...Im GoNNa Miss U aLL 4eVeR...

My Adopted Sis Engagement...

...22022008...


I want to share with u all about my adopted sis happiest day..it was her engagement day that held at Tutong, Brunei..

I wish I was there sharing that memorable day with my family there.. Unfortunately, it quite hard for me to reach there at that day because of my pack shedule as a student..hmmm... Furthermore, I'm Malaysian..
However, I wish and pray a lot that I will attend her wedding day on this August.. 080808... very nice date..
InshaAllah..Pls pray for me k..huhu..




MUSLIMAH SEJATI

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan