Wednesday, January 8, 2014

Mendidik diri untuk Redha

Assalamualaikum...

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.
Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.


Duduk Sebentar Berfikir
Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?
Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.
Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,
“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”
Besar makna kata-kata beliau.
Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.


Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri
“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!
ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.
Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.
Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.
“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15
Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-8
Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.

Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia
Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?
Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.
Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari
Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH
Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..
“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”
Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAh merahmati.

Blog Cinta Ilahi
http://cintailahi.com/tazkirah/mendidik-diri-untuk-redha/

Sunday, December 29, 2013

2014? I'M READY!

Assalamualaikum....

2013 bakal meninggalkan kita...
dan 2014 bakal menjelma... =D

 2013? tutup buku!

2013..
terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini..
segala kemanisan..
kebahagiaan..
kepahitan n kedukaan...
semuanya adalah pengajaran..
untuk menjadikan kita lebih kuat...tabah...
untuk menjadi lebih matang..
lebih berani menempuh cabaran akan datang...

12 bulan ialah tempoh waktu yg singkat..
sangat singkat..
sampai kita xsedar yg ia semakin menginjak pergi...

Azam 2014?
Aku ingin menjadi yang lebih baik..
Muslimah lebih baik..
Hamba Allah lebih baik..
Anak yang lebih baik..
Inshaallah..
(sbnrnya azam dh dibuat sejak awal muharram yg lepas)

Hidup ni...kalau difikir betul2...
memang terlalu singkat...
tak perlu tunggu kiamat...
sebab kematian pun boleh menjemput bila2 masa...

Tentang jodoh...
Itu bukan menjadi keutamaan lagi..
tak perlu nak terlalu mengejar cinta manusia..
sebab..walau macam mana kita sayangkan seseorang itu...
dia tetap akan tinggalkan kita suatu hari nanti..
tiada yang kekal di dunia ini..
melainkan hanya cinta Ilahi..yang kekal abadi...
Bila kita mencintai Allah..
Allah akan hadirkan insan yang mencintai Dia..untuk menemani kita =)
So...just believe in Allah...
Keep praying...keep trying... keep struggling...n keep believing......

Aku dah bersedia..
dengan azam baru..harapan baru...semangat baru...kekuatan baru...

Semoga tahun hadapan adalah lebih baik dari tahun ini..
Jauh lebih baik...
Semoga segala kepahitan tahun lepas...
Akan dapat dilupakan...dapat dipadam..dihapus...
dibawa pergi =)

WELCOME 2014!   

Thursday, December 26, 2013

Ahli syurga..

Kanak-kanak...
Bayi...
adalah ahli syurga...
Sangat suci..bersih..
ibarat kain putih tanpa sebarang noda..

Ada yang kata...kalau nak bahagia..
cuba dekati kanak-kanak..
Main2 dgn diorang...
cakap2 dgn diorang...
huhu ^_^

Si kecik ni sebenarnya mengajar kita tentang erti sabar...
Kenakalan n tingkah laku diorang kadang2 wat kita bengang n rasa nak marah..kan?
Tapi sebenarnya...sedikit sebanyak..
Diorang ajar kita tentang erti kesabaran...

Jangan tanam sifat panas baran dan kemarahan dalam diri diorang..
Sebab takut nanti..
Diorang membesar n belajar jadi keras hati...

Kita belajar...
Mereka juga belajar..
Sama-sama belajar...
Ok? 


*Kadang2...rasa jeles dgn diorang..sbb diorang xde masalah.. xyah pikir apa-apa...main2 n berseronok je.. hehe.. masa berlalu... kita pun prnah melalui zaman berseronok tu...:)

Wednesday, December 25, 2013

Aboy oh Aboy

Assalamualaikum.....

Tiba-tiba hari ni nak bercerita tentang Aboy..
Si buah hati yang aku sayang...
Anak bongsu yang Allah kurniakan pada keluarga kitorang..yang hadir tanpa disangka-sangka...
(tiba2 teringat masa mula2 tau mama pregnant 8 thn dulu..she was 44 years old.. terlampau terkejut n of course..excited! ^_^)


Sekarang.......Aboy dah 8 tahun..
Membesar dengan sangat sihat!
Dia lah adik yang selalu dimanja..dipeluk buat bantal peluk..disayang...n dibabap jugak! hehe
Aboy agak lambat sikit berbanding akak-akak dia..

Lambat bercakap..lambat berjalan..
Sekarang dia still pelat2...n kadang2 susah nak faham apa yang kitorang terangkan...
Tapi...dia diajar untuk berdikari...
Semua benda suka buat sendiri..belajar sendiri...
 He is a smart boy! Tapi bijak dalam cara & sisi yang lain...

Perkara yang buat aku kagum kat Aboy...tiba-tiba aku nampak dia kayuh basikal..
Sebab?
Aku tak pernah tau bila dia belajar bawak basikal..
Dia tak pernah ada basikal dari kecik..
Aku pun tak pernah ajar dia bawak basikal...
Memang selama ini aku pikir Aboy xtau kayuh basikal...
And tiba-tiba nampak dia kayuh basikal...
Aikkk? Aboy boleh bawak basikal?
(rasa macam..aku ni kakak yang teruk..! haha)


Rupanya....
dia belajar SENDIRI bawak basikal...
even dia tak de basikal...(tak pernah ada ok!)
dia pinjam basikal kawan...and belajar bawak sendiri....

Memang nampak macam biasa je...
Tapi...
Tak bagi aku...
I'm proud with you Aboy! hikhikhik
mmmmuaahhhhhh... 

Sunday, December 15, 2013

The Sumbs Cafe full recommended


The sumbs cafe yang terletak di Pusat perniagaan Worldwide Seksyen 13 Shah Alam menyajikan pelbagai western foods dan dessert yang enak2 lagi sedap! 
Jom tgk foods yg aku try masa gi cafe ni..(recommended by chef! hehe)

 Fried Mars Bar - RM 9.90
(inti nye coklat Mars)

Churros - rm 4.90
 (tepung goreng sodap celup coklat)
(cdt pic to abg cikam)

Memang sedap, lazat, enak, tertarik kau memang the bomm! hehe
Yang penting, harganya berpatutan dan x mencekik darah...

Wednesday, December 4, 2013

Draw the line.....



Wednesday, November 27, 2013

Hidup dan kebahagiaan

Hidup ini.....
terlalu singkat......untuk membenci seseorang....
terlalu singkat....untuk mendendami seseorang....
terlalu singkat....untuk tidak memaafkan.....
terlalu singkat....untuk kenangkan kisah lampau yang menyakitkan....
terlalu singkat....untuk dibazirkan hanya kerana tidak boleh memandang ke depan...
dan terlalu singkat.... untuk berhenti mengejar kebahagiaan....


Apa impian kalian?
Apa yang kalian inginkan untuk dikecapi dalam hidup ini?

Aku?
Aku ada banyak impian....
Aku ingin mengelilingi dunia...
Sebab aku fikir...dengan mengelilingi dunia...aku akan bahagia dan gembira......

Tapi sebenarnya...
Impian sebenar aku.....aku hanya ingin bahagia....
Bahagia sehingga akhir hayat aku.....
Bahagia di dunia dan di akhirat........

Bagaimana untuk bahagia?
IKHLAS......
Itu adalah kunci kebahagiaan.....
Terima apa yang Allah atur dalam hidup kita...dan terima takdir kita dengan redha dan ikhlas.....

Susah?
Memang susah...
Sebab...bukan mudah.....
untuk bahagia........................


#Aku pernah pilih seseorang...kerana aku hanya ingin bahagia..dan aku yakin aku akan bahagia dengan dia... Tapi akhirnya... aku perlu lepaskan dia... untuk kebahagiaan dia...Sebab..kita tak perlu jadi selfish..hanya untuk bahagia...

Wednesday, October 30, 2013

Jika rindu...

Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku... tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia...


Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih daripada segalanya...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhaiMu...

p/s: Terima Kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini... Terima Kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia...


#copypaste

Tidak perlu terlalu sempurna

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Monday, October 28, 2013

Ikhlas

IKHLAS.... mudah diucapkan...tapi sukar dilakukan....

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

'Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.'


*belajar utk ikhlas dan sabar  :)                                                                                                       

Sunday, October 27, 2013

Bidadari syurga

First time dengar lagu ni....mmg sangat tersentuh... penuh sayu & syahdu.... dengar seribu kali pun xjemu.. hehee :D
nyanyian penuh bermakna dari almarhum Ustaz Jefri Al Buchori (UJE) untuk isterinya yang tercinta, Pipik Dian Irawati...
Ada wat research sikit2 pasal diri arwah dan isteri, kisah cinta yang sangat mengagumkan... :)
semoga bermanfaat untuk semua...dan untuk kaum Adam, semoga kalian menemui 'bidadari syurga' masing-masing.... Amin :)


Bidadari surga
(Lirik dan nyanyian Uje)

Setiap manusia punya rasa cinta
Yang mesti dijaga kesuciaanya
Namun ada kala insan tak berdaya
Saat dusta mampir bertahta

Ku inginkan dia
Yang punya setia
Yang mampu menjaga kemurniaanya
Saat ku tak ada
Ku jauh darinya
Amanah pun jadi penjaganya

Hatimu tempat berlindungku
Dari kejahatan syahwatku
Tuhanku merestui itu
Dijadikan engkau istriku
Engkaulah .. Bidadari surgaku

Tiada yang memahami
Sgala kekuranganku
Kecuali kamu, bidadariku

Maafkanlah aku
Dengan kebodohanku
Yang tak bisa membimbing dirimu

Hatimu tempat berlindungku
Dari kejahatan syahwatku
Tuhanku merestui itu
Dijadikan engkau istriku

Engkaulah ..
Bidadari surgaku........

#cinta kerana Allah....Inshaallah, cinta kekal hingga ke syurga... 

Wednesday, October 23, 2013

Just a nice song...

Special dedicated to a person whom it may concern...



Afgan - Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Monday, October 21, 2013

Di saat kita..............

Di saat kita ingin melepaskan seseorang.....
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu......

Di saat kita tidak merindukannya.....
Ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya.....

Di saat kita mulai bosan dengannya.....
Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.......

#untuk kita dan mereka yang saling menyayangi kerana Allah....


Sunday, October 20, 2013

Jadi wanita kuat dan tabah!


Perempuan yang kuat itu adalah apabila hatinya hancur berderai tanpa mampu dicantumkan semula. Dia berusaha untuk bangun kembali berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.

Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya & takdir hidupnya semuanya dalam genggaman Yang Maha Mengetahui.

Moga Allah tabahkan hatinya yang lara. Amin..ya rabbal 'Alamin... In Sha Allah.... Allah sentiasa bersama kita.. :)


Wednesday, June 12, 2013

In love?

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama x meng'update' blog..tibe2 rase mcm nk share something dgn korg psl.. C.I.N.T.A.. Hahaa...tibe2 plak kann... Tapi, ak dh cukup dewasa pun nk ckp psl cinta ni..come on lah..in a few days more..I am 25 years old!

Cakap psl 25 thn...ak pnah target kawen umur 25.. Dh lama ak target..huhu.. Tp, kte hanya mampu merancang..Allah juga yg menentukan...umur 25 thn ni xyah cakap pasal kawen la.. Nk kawen ngan sape pun xtau! HAHAA...


Ok..pnah jatuh cinta? (Untonglaaa kalau xpernah).. Aku dh byk kali suka kat org.. Tp, xpernah dpt pun org yg aku suka tu.. So..beruntunglah korang yang mencintai dan dicintai... :) bertuahlah korang yg dah jumpa soulmate masing2.. :) siapa2 yg senasib dgn aku, bersabar je ok?

Jatuh cinta tu perkara biasa.. Tp xsemestinya kte akan kawen dgn org yg kite cinta.. Xsemestinya kte akan berjodoh dgn org yg cintakan kte... Sbb jodoh tu ketentuan Allah sejak azali.. Tu rahsia Allah....

Hati ni...walaupun ia berada dalam dada kita...ia tetap bukan milik kita.. 

Kite tetap xdapat mengawalnya.. Ia milik Allah.. Hati dan perasaan ni milik Allah.. Sekelip mata je kite akan jatuh cinta kt seseorang.. So, xmustahil kite akan jatuh cinta dgn org yg kte benci.. Kalau Allah dah takdirkan begitu....

Allah akan temukan kte dgn org yg salah sebelum jmpe org yg betul.. Kalau kte jatuh cinta pada org yg salah, mohonlah pada Allah untuk tarik balik perasaan itu.. Sebab setiap yg berlaku adalah kehendakNya...Bersabarlah dan berbaliklah pada Allah..sebab Dia yang maha mengetahui sedangkan kte xmengetahui apa2...

Tuesday, November 27, 2012

I'm now.. a JOURNALIST!

Assalamualaikum... :)

setelah hampir 5 bulan xupdate blog, tetiba malam td mcm termimpi2 psl blog n minta di update! erkk... okeh.. cukup2 merapu...

status aku kini ialah 'sudah bekerja'... 2 bulan lepas habis praktikal, aku dapat kerja di Puncak Perdana, Shah Alam... it's been almost 3 month now..Alhamdulillah :)) smpai sekarang aku mcm x percaya yg aku dah bergelar JOURNALIST! sebab... kalo b4 ni asyik berangan jer.. HAHAA..

aku kini journalist majalah INSPIRASI PERKAHWINAN.. (pastikan anda beli okeh!)


kerjaya ni banyak beri aku pengalaman.. n show me various type of people! i'm just happy with my job.. tu yg penting kan? :D

selain INSPIRASI PERKAHWINAN, company kami turut keluarkan majalah terbaru di pasaran iaitu RATNA & QASEH.. n BOLA KAMPUNG! B4 ditugaskan buat IP, ak adalah journalist RATNA & QASEH.. ia adalah majalah terbaru wanita, satu2 nya majalah 2 in 1 di Malaysia n sarat dgn informasi sebagai terapi kehidupan wanita masakini... so, jangan lupa dapatkannya okeh!


Tuesday, June 12, 2012

Vlogger

Pernah dgr x pasal MENTOL PECAH n AMAN WAN?? Well...kalau bagi peminat vlogger, mesti kenal.. kira seangkatan laa ngn Mat Luthfi, Anwar Hadi n Maria Elena. B4 ni, aku xprnah amek tau pun pasal vlogger... tapi, sebab nak kena wat pasal story vlogger....kena laa research sikit..eheee...

------>>>>mereka ini mmg sangat kretif, lucu dan berbakat!


inilah dia hasilnya......................


Kenal tak dgn Tasha Manshahar & Syed Shamim? Kalau tak kenal..meh aku kenalkan.. diorang ni adalah artis Youtube yg seangkatan dgn Najwa Latif, Ainan Tasneem dan lain2..huhu..
Ape yg boley aku ckp pasal diorg ni...SUARA DIORANG MMG MANTOPPS!~

tasha. syed shamim n group clora studio

Friday, April 20, 2012

Audition Anchor


Aku mmg sangat tak sangka yg aku akan ke ujibakat pembaca berita kat sri pentas! Sebab aku selalu pikir yg aku mmg xboleh jadi anchor..bkn sebab rendah diri ke apa… tapi sebab…sebab…malu plak nak cakap…hihi… sebab…lidah aku pendek! Hahahahaaa…..


Tapi apa salahnya kalau mencuba kan…lagipun, ak memang minat nak jadi anchor…hukhuk..
Aku gagahkan jugak utk pegi even muka dah mcm mak lampir mintak kene tampar! Lemau sangat okeh! Ye laa…balik dari USS, terus shoot balik Shah Alam.. (sebab escort2 USS aku yg 3 org tu dok Shah Alam) dari Shah Alam gerak ke rmh member ak kt KL plak sbb nak amik kete…then terus drive gi Sri Pentas! Super duper exhausted!

That day…was a very looonnnnggg day…pheeeww!! Sebab?? Nak jadi cerita…ngam2 smpai Sri Pentas, kereta terus rosak! Xleh start… Bayangkan..masing2 dress up cantik2 nak g audition tapi aleh2 kene tolak kereta…..hahahahahahaaaaa…….nasib baik dgn kawan2, kalau aku sorang…cmfirm aku melalak bagai nak gila n menggelabah tahap gaban…eheee..
Any way… that day was a very memorable day to remember… gigih betol masing2… aku tak yakin akan dapat, but at least I try my best kannn…ade gak pengalaman.. ekau hado??

Sunday, April 15, 2012

Universal Studios Singapore

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
14 APRIL 2012

Assalamualaikum w.b.t..

Dengar sini org2 kampungg...aku dh pegi Universal Studio Singapore!! Hahaa...poyozz okeh!
Ini adalah kali ke-2 aku ke kota Singa. Kalau b4 ni, aku just lawat esplanade n merayap kt Sentosa Island jer... Sentosa Island is ohsem n very nice okeh! 

After 3 years, aku ke Singapore lg...n kali ni hanya pegi USS! Pegi ke USS adalah las minit planning yg sgt menjadi...ye laa...bayangkan..member aku si Mirul inform nk g USS hari sabtu, tp bru gtau hari khamis! time2 tu jgk ak cancel plan nk ikut krew aku gi shooting...then cmfirmkan yg aku nak g USS..giler xnak pegi?ehee
bayaran tiket USS-SGD 74 = RM183

 Last weekend was a very hectic weekend! hbs shootg hari jumaat, terus shoot gi Seremban..sbb aku yg bijak pandai pegi tinggalkan pasport kat rumah..bijak kan?

Ktorg gerak dari seremban pukul 2.30 pagi n sampai kat JB lebih kurang pukul 6 pagi. Dari JB ktorang amek bas kat Tune Hotel, Danga Bay utk ke USS..bayaran-RM 25 return :)



We’re too excited to be here okeh! Hahaa… Make sure korg amek map yg disediakan biler masok USS.. senang merayap kalo ade guide..


Masok2 jer USS, korg akan berada kat Hollywood! ehee..its sooo HOLLYWOOD.. Lpas tu, aku rase better korg teruskan merayap kat belah kiri..ke Madagascar sbb utk elak sesak.. becoz mostly people here will follow the map and straight to New York, which is at the right side.. tp ape pun terpulang kat masing2… so, senang cite ktorg decide utk jalan melawan arah.. 

  
Bagi peminat no. 1 SHREK macam aku ni… (xprnah miss cite Shrek okeh!) cmfirm laa aku tersaaaangaaat excited utk ke Far Far Away… sooo nice…soo ohsem! Make sure korg tgk Shrek 4D.. sbb saaanngaaat BEST!


Hbs tgk Shrek 4D, hujan dah turun lebat..soo…ktorg missed games kt the lost world.. just snap pic jer.. mse kat USS, aku tak beli apa2 makanan n minuman pun…(hebat kan? Sila angguk ramai2) better bwk bekal.. save bajet beb! Air kosong pun boleh refill kat mane2 restroom.. 

Ktorg decide ke food court utk cari port makan.. Masing2 dgn yakin dan megahnya keluarkan sume bekal dari beg… lepas melantak cukup2, kenyang2 n just tinggal nak simpan balik jer bekal kat dlm beg..tiba2 pekerja kat situ datang n cakap...'sorry, no outside food allowed’ aku dgn muke konon2 serba salahnya cepat2 la simpan bekal tu… padahal masing2 dah kekenyangan mcm ular sawa lepas telan seekor lembu! Lol! Huhuuu…

Perkara yg korg patot buat kat Ancient Egypt  ialah try indoor Roller Coaster..  and… snap pic!! Eheee…


Sebelum ni, aku dimaklumkan yg USS tak de surau. Semua blog yg aku baca cakap yg USS mmg xda surau. Biasanya, diorg akan solat jer kat celah mana2. (kagum) Tapi…sekarang dah ada..bagus! Tp malangnya…tak de petunjuk arah langsung! Ishh3… Berjimba pun berjimba gak…SOLAT jangan lupe!

                  Prayer room at between Ancient Egypt n Battlestar Galactica roller coaster
Bagi penggila Roller Coaster, u’all MUST try this at Sci-Fi City! Mula2 aku pikir yg merah tu lagi menakutkan dari biru, tp rupa-rupanya biru tu yg over thrill okeh! Bukan aku yg cakap…tp mereka2 yg cakap.. sebab aku xnaik pun.. kwang3..korg nak cakap aku ni penakut ke…ape ke…cakap laa…ada aku kisah? Hahaa… 


Attractions kat NEW YORK hanyalah Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Korg akan tgk depan mata korg antara special effects yg Steven pakai dalam dlm filem.. Best gak!
Ktorang stay kat USS smpai pkul 10 malam..all games kat USS tutup pukul 7 malam, tapi ramai jer still berlegar2 kat USS sbb nak tgk fireworks pkul 9 malam! Ktorang amik gambar sampai bateri kamera habis! Huhuu….


Tapi….yang tak bestnya ktorang tak dapat try games kat THE LOST WORLD and TRANSFORMERS 3D kat Sci-Fi City.. Frust taw! Uwaaaa……uwaaaa…..uwaaaa…..

Monday, April 9, 2012

GEN 21 @Sinar Harian

Assalamualaikum w.b.t............................
 

Saje nak post sebab nak promote...hikhikhik...
Jgn lupe saksikan GEN 21 setiap Sabtu jam 2.30 ptg..
Hanya di TV Alhijrah... :D