Wednesday, March 30, 2016

Europe Trip (Part 1 : Persiapan)

(LONDON-SCOTLAND-MANCHESTER-LIVERPOOL-AMSTERDAM)
11 - 20 MAC 2016  

Assalamualaikum w.b.t..

Selepas seminggu dah pulang dari bercuti ke Europe, barulah sampai seru nak menulis dalam blog yang telah lapuk ditinggalkan terlalu lama nih..hehe

Aku kongsikan perancangan dan perjalanan percutian aku bersama parents dan adik bongsu aku yang bermula di London dan berakhir di Amsterdam untuk tatapan korang..mana tahu ada diantara korang yang tengah buat research dan survey2 untuk melancong ke Eropah kann?!

Harap-harap sedikit sebanyak membantu lah hendaknya ye! :)

PART 1 : PERSIAPAN

1. Tempah tikel kapal terbang


Perancangan untuk bercuti ke London tercetusnya pada hujung tahun lepas (2015). Mula-mula macam tak jadi, then tiba-tiba jadi pulak. Check kalender, bulan 3 ada cuti sekolah seminggu. Memandangkan mama aku adalah cikgu, so kena lah pilih cuti sekolah kan. Bolehlah melawat adik lelaki (Dafi) aku yang sekarang stay kat Manchester. Lagipun, Dafi pernah stay kat London beberapa bulan, so dia memanglah diwajibkan untuk jadi tour guide tak berlesen kitorang..hihi

Untuk tempah tiket kapal terbang, Dafi cadangkan amik lah route yang berbeza which is pergi- turun kat Heathrow Airport London and balik dari Schiphol Airport Amsterdam sbb boleh dapat lagi murah. Perancangan awal cuma nak pergi London-Manchester dan Amsterdam sahaja.

Aku survey2 tiket kapal terbang di www.ebookers.com dan pilih mana yang paling murah. Rezeki pula time tu, tiket Emirates yang paling murah sbb tengah promosi. So dapatlah harga RM2500 seorang. 4 orang = RM 10k.   
Tapi, perlu diingatkan bahawa kalau booking flight ticket Emirates online, hanya kad kredit je yang diterima. Aku pernah try guna debit card, tapi xdapat. Rasa nak give up dah time tu sbb sepuluh kali cuba and sepuluh kali pergi Maybank sbb nk aktifkan debit card semua...tapi still xberjaya. Call Emirates, rupanya hanya kredit kad diterima. Cara lain, boleh booking dan bayar cash di kaunter Emirates kat Pavilion KL. Dafi dulu pergi London naik Etihad, boleh je booking online guna kad debit. Well, lain flight lain lah caranya ye tak?


Lepas settle booking online, ebookers.com akan emelkan booking number dan details. Kalau tiba2 nak change schedule atau cancel booking, memang boleh. Tapiii....leceh ya! Sebab kena call ebookers.com kat UK sana. Kalau change schedule, ada tiga caj tambahan yang dikenakan. Caj pertukaran, caj tambahan harga tiket (kalau harga tiket berubah) dan lagi satu caj tak ingat dah..
So, moral of the story... plan betul2..confirm betul2..baru booking flight ticket!

2. Research!

Biasanya, orang lain akan buat research dulu awal2 then baru booking flight ticket. Tapi, cara aku lain pulak. Kalau dah betul2 confirm nak pergi dan tempah tiket, baru terhegeh-hegeh nak research..haha

Lain orang, lain caranya. Aku memang selalu sangat terjebak dgn last minit planning. Bulan 1 baru settle tempah tiket, bulan 3 nak fly. phewww.....
So, masa untuk research semua agak lah terhad. Tapi, sebaiknya lah kan..better korang booking semua awal2.. sebab, kalau booking awal..banyak boleh jimat sebenarnya. Banyak tempahan di UK mcm sewa kereta, train dan bus boleh dapat harga lebih murah kalau booking awal. Sebaiknya, 3 bulan lebih awal.

Cakap pasal research, aku banyak minta tolong En. Google jerr... sampai naik juling jugak mata ni tgk screen monitor..
Banyakkan baca blog orang lain yg dah pergi, banyak tgk peta dan kalau nak senang...beli je buku I'm a backpacker Europe tulisan Khairul Abdullah ni. Lengkap semua!

 

3. Aktifkan kad debit

Semua tempahan di luar negara aku memang gunakan kad debit sahaja. Mana mampu nak ada kad kredit. Mampu pinjam je adalah..hihi

Pastikan korang dah aktifkan siap2 kad debit korang. Cuma kena call centre (nombor tertera di belakang kad bank anda) bila nak aktifkan transaksi guna kad debit. Pastikan korang cakap yang nak aktifkan transaksi kad debit luar negara, sebab transaksi tu takkan lepas sebab bank hanya aktifkan untuk dalam negara sahaja.

Aktifkan juga pengeluaran ATM di luar negara kalau ada hal kecemasan. Mana tau tiba2 tak cukup duit ke..tak ke haru nanti. Boleh aktifkan kat ATM atau online. So nanti senanglah nak draw di luar negara guna atm machine sana je. 
Cara nak aktifkan online cimbclicks, cuma klik kat menu ATM / Debit Card Services dan pilih Overseas ATM/Debit Card Spend & Withdrawal. Lepastu set lah berapa lama nak aktifkan pengeluaran tu. Bank akan hantar mesej ke telefon korang bagi setiap caj kad debit yang dikenakan.

Bila di luar negara nanti, cuma cari ATM yang ada logo kad debit korang. Contoh macam Mastercard utk CIMB dan Visa utk Maybank. Ada caj yang dikenakan dalam setiap pengeluaran, so better kalau nak draw tu..sekali je cukup! hihiii



4. Tempahan penginapan

Memandangkan aku pergi bercuti dengan family, so perlulah pilih penginapan yang selesa dan sesuai. Kalau backpacker atau pergi dgn kawan2, boleh je booking hostel. Bayar per head/individu. Banyak website yang menawarkan penginapan hostel dgn harga yang berpatutan spt www.hostelworld.com atau www.hostelbookers.com

Untuk penginapan di London, Manchester dan Edinburgh Scotland, aku minta Dafi carikan. Aku cuma handle penginapan di Amsterdam sahaja. Bila lagi nak buli adik kan? hahaaa..

Di London, ktorang sewa private room (master bedroom) rumah pasangan Malaysia dgn harga 50GBP satu malam. Manchester pula tak jadi masalah sbb ada saudara di sana. (jimat disitu...)
Homestay di Edinburgh pula, Dafi buat tempahan di www.booking.com 
Dapatlah satu apartment kecil dan cantik dgn harga 25GBP per night.

Okey, untuk accomodation di Amsterdam pula aku tempah rumah host untuk 2 malam dan hotel 1 malam. Aku search kat dua website sahaja www.airbnb.com dan www.homestay.com untuk tempahan rumah host. Tinggal kat rumah host memang aku sarankan sangat kalau nak rasa tinggal kat rumah local dutch berbanding dengan hotel, sebab kebanyakan hotel sama je feel nya. Aku booking rumah pasangan suami isteri warga emas Ank Mulder B&B di Waal 86, Zanstad berdekatan dengan Zaandam. Rumahnya ala2 countryside dan belakang rumah ada tasik. Siap ada itik berenang kegembiraan. Cantik sangat! Mmg feeling kampung di negara asing lah...


Sebelum buat tempahan, pastikan korang mesej dulu host untuk selidik latar belakang (cewahh!).. xdelah..tak perlulah nak selidik over sangat pun..cuma kena ada conversation supaya bila sampai nanti tak lah blur dan teragak-agak. Tanya kan location rumah tu macam mana..ada public transport terdekat ke..jauh tak dengan Amsterdam city etc etc.....rumah host yang aku tempah ni sangat dekat dengan Zaanse Schans (lokasi wajib pergi kalau nak tgk windmill) dan 15 minit driving ke Amsterdam city.

Aku juga booking satu malam di Ibis Hotel Amsterdam Airport  melalui www.agoda.com sebab homestay Ank Mulder tu available untuk 2 malam je.. tempah kat agoda.com amatlah senang dan lebih murah. Setelah booking, agoda.com akan emelkan reservation number dan confirmation. Aku dapat harga 60Euro per night utk 1 deluxe room.


Hotel ni dekat dengan airport dalam 15 minit naik shuttle bus. So nanti tak adalah terkejar-kejar sangat nak ke airport. Perkhidmatan shuttle bus disediakan setiap 30 minit and its freee.

5. Tempahan bas

Aku buat tempahan bas Megabus untuk 2 journey, London - Edinburgh dan Manchester - Amsterdam. Setiap tempahan boleh dibuat di www.megabus.com 

Kalau tentang bas yang lain, mungkin ada tapi aku tak tau sbb tak berapa survey service bas di sana. Tapi Megabus memang recommended oleh ramai org. Harga pun berpatutan dan selesa. Ada free wifi dan toilet di dalam bas!

 

Victoria Coach Station - Edinburgh Bus Station
100GBP untuk 5 orang

Manchester Shudehill Interchange - Amsterdam Sloterdijk
108GBP untuk 4 orang

6. Tempahan kereta sewa

Memandu di negara Eropah memang sangat mengujakan! pehh ayatt..
Tapi tak tipu..memang best dan pengalaman yang sangat tidak ternilai. Highly recommend utk korang yg datang bercuti berkumpulan, dalam 4-5 orang. Kalau solo traveller, and poket penuh lain cerita lah..

Harga sewa kereta mmg jauh lebih murah dan affordable. Lagi senang sbb panjang lah langkah korang nak ke mana-mana. Macam mana cara nak sewa kereta? meh aku tunjukkan~

First, survey dulu syarikat kereta sewa mana yang menepati citarasa dan kehendak korang. Ada banyak pilihan syarikat sewa kereta di UK. Bukak je satu2 website diorang dan baca review/testimoni pengguna sebelum ni.


Aku pilih www.enterprise.com setelah direcommend oleh Dafi dan kawan2 beliau. Semestinya kereta yang menjadi pilihan adalah yg paling murah..haha! Tapi..even paling murah pun, kereta yg dia bagi tu bukan cap ayam yer...still nampak macam baru.


Kereta yang aku dapat jenis Leon. Aku pilih manual sebab sudah tentu ia lagi murah berbanding Auto. (Beza dalam 30GBP). Tak payah susah2 nak add GPS navigator sbb dah sedia ada di dalam. Ada syarikat kereta sewa lain mengenakan caj tambahan untuk sewa navigator. Caj ikut hari pulak tu! hmm....

Secondly, lepas dah buat survey dan pilih kereta apa yang korang nak. pastikan korang baca semua POLISI diorang. Mcm renter requirement, additional driver, form of payment etc etc. Lepastu, korang boleh buat reservation terus. Boleh pilih sama ada nak PAY NOW or PAY LATER (bayar masa ambil kereta). Aku pilih PAY LATER, cuma bayar lebih sikit jelah dalam 5GBP ekstra.

sila lihat 'view policies' di atas kanan.

Lepas buat reservation, diorang akan emelkan polisi lagi dan juga details. Just nak buat korang lebih clear. Jangan risau, just baca je.. Pastu jangan lupa print.
Yang bestnya kereta sewa ni adalah unlimited mileage dan siap sekali protection semua. So, kalau tetiba kereta kena curi, tak delah meraung nak kena bayar gantirugi!

Mula2 nak sewa kereta kat Amsterdam, tapi terpaksa cancelkan.

Bagi aku, menyewa kereta kat enterprise.com Edinburgh amatlah senang. Tapi, berbeza pula kalau di Amsterdam. Aku rancang nak menyewa kereta di Amsterdam juga tapi bila tengok security deposit dia sampai 2000Euro, terus rasa nak pitam! Diorang hanya terima kad kredit, tapi aku pakai kad debit!

Lastly, datang ke tempat yang dijanjikan utk ambil kereta tu. Dokumen yang perlu bawa cuma lesen memandu Malaysia yang SAH, kad debit dan reservation number. Senang kan? huhu.. International Driver Permit (IDP) tidak diperlukan pun..Aku punya lah cuak ttg IDP ni mula2.. ceh!
IDP hanya diperlukan kalau lesen memandu korang not in English dan non-alphabet roman macam Jepun,Korea,China etc..tapi depends pada syarikat sewa kereta juga. That's why aku suruh korang baca juga polisi diorang tu. Jangan degil yee...

Pastikan lesen memandu korang tu valid at least SETAHUN sebelum luput.. cth macam nak sewa kereta 1 April 2016, lesen memandu korang kena expired SELEPAS 1 April 2017.

Untuk pembayaran, diorang akan caj kad debit yang digunakan. Kebanyakan syarikat kereta sewa mmg tak terima cash. Pastikan ada ekstra 200GBP dalam akaun korang sebab diorang akan caj harga sewa kereta + security deposit (200GBP) pd kad debit korang tu. Lepas pulangkan kereta, 200GBP tu akan dipulangkan serta merta.

Harga yang aku dapat ketika sewa kereta ni adalah 107GBP untuk 3 hari. Lebih lama korang sewa, lebih murah diorang caj sebenarnya. Kalau dapat sewa seminggu, best oi! 

Kereta sewa perlulah diambil dan dipulangkan di tempat yang dijanjikan sebab kalau berubah sikit, ada caj tambahan dikenakan. hukk~


7. Itinerary

Settle semua booking, silalah sediakan itinerary atau nama lainnya tentatif untuk memudahkan korang nanti. Lagi satu, mungkin itinerary akan diminta oleh imigresen kat London tu nanti. Cuma precautions jelah..


Pastikan korang dah siap2 print semua maklumat booking dan reservation. Sumbat je dalam satu folder.   

3 comments:

Wonder Woman? said...

As salam sis,

Mengenai pengalaman sis sewa kereta guna debit card, if u dont mind to share the tips kad dr bank apakah yg they accept? Because im having trouble for making a booking for car rental in europe sbb baca di website semua company car rental accept credit card only.

Thanks sis

Unknown said...

Salam sis nak tanya sewa kereta yg kt UK tu ada mintak deposit tak?

Unknown said...

wsalam sis

masa sy sewa kereta kat UK mmg ada deposit 200pound. bila return kereta dia return balik bond tu and duit kt bank clear after 2 weeks.